Wednesday 9 September 2015

abam bocey dedahkan keadaan kereta sebenar

Ini adalah berita yang mengejutkan, terkini Abam Bocey dilaporkan terlibat dengan kemalangan jalan raya yang menyebabkan keretanya habis remuk di bahagian hadapan.

Alhamdulillah, nasib baik pelawak ni tidak mengalami kecederaan yang teruk hanya benjol-benjol di kepala sahaja.

“Alhamdulillah saya okay. Saya sudah buat pemeriksaan doktor dan tidak ada apa yang serius. Saya cuma terkejut sekejap saja,” kata pelawak Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan atau Abam Bocey, 27 tahun.

Difahamkan kejadian yang berlaku di Batu 10, Gombak pagi semalam bertembung dengan kereta Proton Saga BLM dari arah bertentangan yang hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta Abam.





Dalam pada itu, Abam dilaporkan sedang dalam perjalanan ke lokasi penggambaran telefilem berjudul Abang Aji di ibu negara bersama pembantu peribadinya, Firdaus.

“Saya bersyukur kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan kecuali benjol sedikit di kepala akibat terhantuk di cermin depan,” katanya. Hati-hati yer Abam, risau pula dengan berita ni.

No comments:

Post a Comment